Followers

Wednesday, July 6, 2011

Hari Koperasi Sekolah SMK Meru (HKS)

Assalamualaikum,bismillahirrahmanirahim...


   Alhamdulillah,sekolah SMK Meru telah selamat melangsungkan Hari Koperasi Sekolah selama 1 minggu.Sambutan yang diberikan sangat meriah dan pelbagai barangan dijual seperti kerongsang,pokok bunga,minyak wangi,kek,T-shirt dan lain-lain.

   Pada Hari Koperasi Sekolah juga Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengambil bahagian membuka gerai.Gerai kami menjual pokok bunga,minyak wangi dan kerongsang.Alhamdulillah,sambutan yang diberikan sangat meriah dengan pelanggan yang terdiri daripada guru-guru,pelajar-pelajar dan juga ahli PRS SMK Meru yang lain.

   Pada acara kemuncak Hari Koperasi Sekolah, Penolong Kanan Sesi Petang, Encik Muzikir telah memberi kelonggaran kepada pelajar-pelajar untuk 'bershopping sakan' selepas pelajar lelaki selesai menunaikan solat jumaat dan pulang daripada masjis.Bermakna pelajar sesi petang memulakan sesi pembelajaran mereka pada waktu selepas rehat.

   Harapan kami warga SMK Meru di Unit Bimbingan dan Kaunseling semoga acara seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang kerana dapat memberi motivasi kepada pelajar yang minta berniaga disamping mengajar mereka cara berjimat cermat.

No comments:

Post a Comment