Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu,kepada sekalian makhluk Allah.
Pada 16 Mei yang lalu telah berlangsungnya satu majlis untuk menyambut semua guru-guru SMK Meru iaitu sambutan Hari Guru.Kami dari Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengambil bahagian untuk membuat persembahan sempena Sambutan Hari Guru.Kami menjalani latihan selama 5 hari berturut-turut dan alhamdulillah dapat melakukan persembahan tersebut dihadapan pengetua dan guru-guru dengan jayanya.
Pada sebelah pagi adalah acara bagi guru untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia,Ikrar Guru dan acara sukaneka.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Pada hari tersebut hanya pelajar Tingkata 1,2 dan Peralihan,PRS dan Pengawas sahaja yang digalakkan hadir manakala pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 pula tidak digalakkan hadir untuk memberi ruang kepada mereka mengulangkaji pelajaran.
Pada sebelah petang pula adalah acara jamuan guru-guru dan persembahan.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan semua guru-guru juga terhibur dengan persembahan yang dibuat oleh badan PRS & PSS SMK Meru.Antara persembahan yang dibuat antaranya ialah persembahan koir,tarian zapin,sketsa,persembahan daripada guru-guru dan lain-lain.Sampai disini sahaja bicara kita pada saat ini.
Sekian,Wassalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu.
~Bimbing diri sendiri sebelum membimbing rakan~
No comments:
Post a Comment