Followers

Thursday, July 7, 2011

Jangan Jadikan Budaya

Bismillah walhamdulillah,
Coupleisme …. ? pernah dengar ke fahaman tu ?
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, Blog Pembimbing Rakan Sebaya SMK Meru ingin mengajak sahabat berfikir sejenak tentang budaya ‘bercouple’ yang menjadi satu fenomena pada zaman sekarang. Sejauh mana keterlibataN pelajar SMK Meru dengan budaya ‘bercouple’ ini, hanya Allah lebih mengetahui. Bagi PRS , harapnya tidak berlakulah dikalangan kita.
‘ Mencegah sebelum terjadi ‘ itukan lebih baik. Budaya ini sebenarnya ada kaitan dengan fenomena zina. Sebelum ini , pernah dikhabarkan statistik menunjukkan sejak 2005 hingga tahun 2009 jumlah kelahiran anak luar nikah ialah lebih kurang 74 000 kelahiran yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran.
Nauzubillah min zalik, Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, di sini PRS ingin berpesan, agar fenmena ‘bercouple’ tidak menular dikalangan pelajar SMK Meru kerana ianya boleh membawa kita ke arah fenomena zina.
Oleh itu, sama-samalah kita menentang budaya ‘bercouple’ ( lelaki dan perempuan ) bukan muhrim berhubung atau dengan kata lainnya bercinta . Jangan cipta alasan untuk menghalalkannya. Ini kerana telah banyak contoh-contoh yang tidak baik berlaku di luar sana hasil dari ‘coupleisme’ ini.
Untuk itu PRS mengajak agar kita menjadi warga SMK Meru yang bencikan maksiat.

No comments:

Post a Comment