Followers

Monday, February 13, 2012

Latar Belakang PRS

PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRS


Sejarah Perkembangan

1.   Mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal dalam tahun 1986.

2.   Seminar – Bengkel PRS peringkat kebangsaan diadakan pada 19-21 Januari 1987 di Institut Aminudin Baki (IAB) dan nama PEMBIMBING RAKAN SEBAYA telah diterima sebagai nama formal program ini.

Objektif Program PRS di Sekolah
   
1.   Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

2.   Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan.

3.   Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan.

4.   Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya yang positif.

5.   Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.



Rasional Penubuhan PRS di Sekolah 

1.        Guru Bimbingan dan Kaunseling belum mencukupi untuk menampung     
           tuntutan khidmat yang makin bertambah.

2.        Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu 
           saluran pelajar berkongsi perasaan.

3.       Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan,   
          mereka dapat mempengaruhi rakan yang lain secara positif.

4.       Cabaran remaja makin meningkat ini memerlukan bimbingan PRS yang dapat
          membantu pelajar membina perlakuan yang positif.

5.   Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja.Pengaruh rakan sebaya  

6.   Memainkan peranan penting dalam hidup mereka untuk dijadikan panduan 
         dan teladan.


Matlamat PRS

1.    Menolong mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

2.    Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu di kalangan pelajar-pelajar

3.   Memupuk menjadi orang dewasa yang peka,bertimbang rasa dan rela 
         menolong, yang hidup dalam satu masyarakat yang majmuk.

4.   Pembina pelajar-pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai-nilai murni
      berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.


Fungsi PRS
1.     Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk  
        kawan mencurahkan  .

2.   Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling 
         menjalankan program-program yang bercorak menghalang.
 
3.      Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat 
         rujukan jika perlu. 



Siapa PRS?

1.    Sekolah rendah, kumpulan pelajar tahap 2 iaitu murid tahun 4 dan 5.

2.   Bagi sekolah menengah, kumpulan pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4.

3.   Kumpulan pelajar ini dibahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat 1 dan 
         peringkat 2.

4.   Peringkat 1 – fokus diberi kepada kumpulan ini dahulu iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar baik yang mempunyai kriteria berikut; baik pencapaian akademik,berminat,baik personaliti,baik sikap dan mempunyai latar belakang yang stabil.
 
5.   Peringkat 2 – kumpulan yang memerlukan latihan yang lebih intensif yang mempunyai criteria berikut; pelajar-pelajar yang kerap menimbulkan masalah salahlaku di sekolah dan pelajar-pelajar yang menjadi pemimpin dalam kumpulan kecil secara tidak formal dan mempunyai pengaruh.


Bagaimana Memilih Ahli PRS

1.   Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilantik.

2.   Dipilih oleh Guru Besar atau guru-guru atau Guru Kaunseling sendiri.

3.   Memilih pelajar yang telah dipilih melalui sosiometrik dan dipersetujui oleh 
         Pengetua/Guru/Guru Kaunseling.Pelajar terpilih berminat dan rela menjadi 
         PRS.

4.   Melalui sukarela kerana berminat menjadi PRS dan rela memberi khidmat.

5.   Melalui sosiometrik dipilih oleh rakan sendiri yang mereka rasa selesa untuk berbincang mengenai sebarang masalah.Berminat menjadi PRS.


      Proses Pemilihan Ahli PRS

1.   Terbuka
2.   Ujian Personaliti/Minat
3.   Temuduga
4.   Pemerhatian
5.   Pencalonan
6.   Pilihan Khas


      Proses Penubuhan PRS

1.   Iklan/Makluman
2.   Proses Pemilihan
3.   Pengumpuan Data
4.   Kursus/Latihan
5.   Perancangan Aktiviti
6.   Kursus Lanjutan Tahap
7.   Pemantauan
8.   Pemantapan
9.   Perkembangan
10.   Refleksi  




 Pendekatan Program PRS

1.   Perkembangan kendiri: Memahami kekuatan diri dan bagaimana 
         meningkatkan serta mengurangkan kelemahan diri.
       
2.   Mencegah: Lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Berupaya melihat 
         Sesuatu dengan rasional dan objektif.

3.   Memulih: Melatih pelajar berisiko menjadi pelajar yang lebih  
         bertanggungjawab.

    Latihan Asas

      PRS diberi latihan intensif oleh jurulatih sebelum sebagai PRS dalam 4 aspek:

1.   Kesedaran kendiri
2.   Asas komunikasi
3.   Asas kaunseling
4.   Isu remaja


      Aspek Pertolongan
 
     Tidak Formal
1.   Menjadi kawan yang peka.
2.   Mendengar dengan empati dan memberi respons yang menggalakkan.
3.   Melihat masalah dengan lebih objektif.
4.   Mencadang rujukan jika perlu.
5.   Menjadi saluran mendapatkan maklumat.

      Formal
      
Melalui projek seperti:   
1.   Projek Tutor
2.   Projek Adik Angkat
3.      Projek Orientasi
3.   Perbincangan Kumpulan
4.   Ketua sampingan dalam kaunseling kelompok
5.   Menjalankan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling yang bertujuan membantu 
         rakan seperti mengendalikan ceramah,kempen dan sebagainya.


     Etika PRS


1.   Amanah dan menyimpan rahsia.
2.   Memahami limitasi diri – memberi pertolongan jujur dengan memahami 
         batasan diri.
3.   Menerima rakan tanpa mengukur – menghormati hak rakan,berkongsi 
         perasaan dan menerimanya tanpa prasangka.
4.   Merujuk kes sukar kepada guru Bimbingan dan Kaunseling.
5.   Melaporkan kepada guru Kaunseling jika terdapat kes-kes merosak diri atau 
         orang lain.
6.   Menghormati sekatan-sekatan agama,peraturan sekolah,norma-norma 
         masyarakat dan kebudayaan.

     Aktiviti PRS

Cadangan aktiviti/program yang boleh dijalankan oleh PRS.

1.   Projek anak angkat.
2.   Tutor sebaya.
3.   Bimbingan kelompok.
4.   Orientasi pelajar baru.
5.   Penyebaran maklumat.
6.   5 minit anti dadah.
7.   Pengumpulan data dan maklumat.
8.   Mengendalikan majlis-majlis di sekolah.
9.   Pertandingan kerjaya.
10.   Mengendalikan latihan/kursus untuk ahli.
11.   Penerbitan majalah/buletin/risalah.
12.   Menjalankan kajian.

Tuesday, January 10, 2012

New Post

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Hari ini saya selaku AJK ICT 2 baru berkesempatan mengemaskini semula blog ini.Dikesempatan yang ada ni saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua dan sempena organisasi baru PRS SMK Meru sesi 2012 saya juga ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan.

Kepada rakan-rakan yang lain jika anda ada apa-apa masalah boleh berjumpa dengan kami di Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Meru.

P/s : Organisasi 2012 akan diberitahu pada post yang akan datang.

Thursday, July 7, 2011

Budaya Pergaulan Bebas Punca Maksiat Dikalangan Remaja


Assalamualaikum,bismillahirrahmanirahim...

Apa yang boleh saya katakan di sini ialah masalah sosial sekarang ini semakin parah. Terutama sekali di kalangan remaja, belia dan muda mudi negara ini. Semua kaum hadapi masalah yang sama. Setiap hari media sibuk melaporkan kes dadah, rempit, pergaulan bebas, seks bebas, buang bayi, bunuh bayi dan sebagainya. Tetapi bagi saya pergaulan bebas dan salah pilih kawan adalah punca utama, bertambahnya masalah sosial dan jenayah di kalangan remaja.
Mungkin gambar di bawah akan memberi gambaran kepada punca masalah sosial dan jenayah di kalangan remaja;
 
 


 

Punca utama ialah BUDAYA PERGAULAN BEBAS di kalangan muda mudi dan remaja. Salah siapa semua ini.
Banyak sebab pergaulan bebas  jadi begitu merebak:
1. Apabila penekanan agama tidak di ajar sejak kecil oleh ibubapa atau penjaganya
2. Longgarnya pihak kerajaan mendidik  masyarakat. Mereka tidak fokus kepada masalah ini sejak awal dengan memperkenalkan dasar yang lebih keagamaan ke arah  mendidik masyarakat. Pemimpin negara banyak fokus kepada ekonomi dan politik. Berdiri sahaja di pentas mereka akan cakap pembangunan yang mereka buat. Jarang sekali saya dengar PM atau TPM cakap, soal sembahyang anak-anak muda Islam negara ini.
3. Terlalu ramai ibubapa dan anak-anak muda yang tak sembahyang.
4. Tarikan kuat media luar dan TV dalam Malaysia dan Luar, dalam program budaya bebas adalah antara punca merebaknya budaya pergaulan bebas.
Itu sebahagian punca utama.
Kalau kita lihat sekarang ini pergaulan bebas sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita. Kenapa kita agungkan budaya ini. Ibu bapa dah tak kisah anak dara dia kawan dengan jantan mana pun.
Memang parah isu ini, kalau kita masih begini sampai bila masalah tak akan selesai. Cadangan kerajaan perbagai tetapi masalah semakin meningkat. Kes buang bayi semakin meningkat, pelacuran meningkat, tempat maksiat meningkat, minum arak meningkat, dadah meningkat. Apa sudah jadi.

Jangan Jadikan Budaya

Bismillah walhamdulillah,
Coupleisme …. ? pernah dengar ke fahaman tu ?
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, Blog Pembimbing Rakan Sebaya SMK Meru ingin mengajak sahabat berfikir sejenak tentang budaya ‘bercouple’ yang menjadi satu fenomena pada zaman sekarang. Sejauh mana keterlibataN pelajar SMK Meru dengan budaya ‘bercouple’ ini, hanya Allah lebih mengetahui. Bagi PRS , harapnya tidak berlakulah dikalangan kita.
‘ Mencegah sebelum terjadi ‘ itukan lebih baik. Budaya ini sebenarnya ada kaitan dengan fenomena zina. Sebelum ini , pernah dikhabarkan statistik menunjukkan sejak 2005 hingga tahun 2009 jumlah kelahiran anak luar nikah ialah lebih kurang 74 000 kelahiran yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran.
Nauzubillah min zalik, Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, di sini PRS ingin berpesan, agar fenmena ‘bercouple’ tidak menular dikalangan pelajar SMK Meru kerana ianya boleh membawa kita ke arah fenomena zina.
Oleh itu, sama-samalah kita menentang budaya ‘bercouple’ ( lelaki dan perempuan ) bukan muhrim berhubung atau dengan kata lainnya bercinta . Jangan cipta alasan untuk menghalalkannya. Ini kerana telah banyak contoh-contoh yang tidak baik berlaku di luar sana hasil dari ‘coupleisme’ ini.
Untuk itu PRS mengajak agar kita menjadi warga SMK Meru yang bencikan maksiat.

Menuju Zina Punca Couple Haram

Assalamualaikum,bismillahirrahmanirahim





Saya sekadar ingin mengutarakan pendapat saya mengenai trend yg berlaku sekarang. Kini gejala ‘coupel’ menular dalam kalangan remaja sehinggakan pelajar yang dari sekolah agama mahupun sekolah biasa yang saya kategorikan sebagai pelajar yang faham tentang islam, yang faham tentang halal haram turut bercouple, dan mereka ini menggunakan title couple Islamic utk menghalalkan coupel. Saya sangat terkilan dengan sifat mereka ini yang saya kira datang dari golongan melayu islam yg datang dari mrsm mahupun sbp. Sebelum ini tampil denagn penampilan islamik, kini bercouple. Saya begitu kecewa dgn sifat golongan seperti ini. Saya cuba huraikan kategori zina agar kita boleh mengetahui kenapa hukum couple haram dalam segenap aspek jika sesiapa masih lagi ingin berhujah tentang couple yg halal.
“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Zina mata : cinta pandang pertama. Seorang lelaki memandang seorang perempuan. Hatinya tertaut pada raut wajah muslimah tersebut. Saya kira pandangan pertama tidak ada masalah. Muslim tersebut boleh kembali menunundukkan pandangan. Sekiranya muslim tersebut melihat pada pandangan kedua. Kemudian matanya kembali meliar pada wanita tersebut, maka saya kira telah berlaku zina mata. Sebab itu seorang muslim wajib untuk menundukkan pandangan utk mengelakkan berlaku zina.
Allah berfirman :
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.' Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya". (Q.S. An Nuur : 30-31).
Ini adalah perintah dari Allah bagi hamba-hamba yang beriman, iaitu agar mereka menundukkan pandangan mereka dari melihat yang diharamkan. Jika kebetulan pandangan matanya melihat kepada yang diharamkan, maka hendaknya ia segera mengalihkan pandangannya.
Nabi bersabda kepada Ali bin Abi Thalib,
"Hai Ali, janganlah engkau ulangi pandangan yang pertama. Kerana pandangan yang pertama dimaafkan, sedangkan pandangan yang kedua dilarang."

2. Zina lidah : Apabila muslim mengucapkan kata-kata yang manis utk mengayat saya kira zina lidah telah berlaku. Saya kira apabila sudah 1 peringkat, mereka-mereka yg bercouple ini akan membahasakan diri ‘sayang’ atau paling tidak membahasakan diri denagn nama sendiri yang saya kira sudah cukp manja. Saling berbalas komen di laman social seperti untuk menzahirkan rasa cinta saya kira sudah cukup untuk menerangkan soal zina lidah.
3. Zina hati : Seorang muslim teringat tentang kekasih hatinya. Ibarat mandi tak basah, makan tak kenyang, dan berbagai-bagai perumpamaan. Apa salahnya ingatannya itu ditumpukan pada Allah SWT yang lebih Hak. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Secara mudahnya 
zina hati ialah seseorang yang hatinya mempunyai keinginan dan berangan-angan untuk melakukan zina, tak kira lah wanita atau lelaki. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya.
Saya kira jika ada antara kita yang faham agama tetapi masih ingin kapel dgn cuba mengada-ngadakan kapel islamik, mungkin boleh elakkan zina mata dgn zina lidah (jika boleh), tetapi adakah anda boleh mengelakkan zina hati? Sekiranya sms atau call untuk mengejutkan utk bangun solat subuh atau tahajud, saya kira zina hati tetap berlaku. Akan terdetik dalam hati. “dia ingt dgn aku”. Matlamat cinta tidak akan menghalalkan cara. Biarlah pada zaman muda kita yang singkat ini kita cintakan Allah dahulu, kemudian apabila sudah bersedia kita baru mencari cinta manusia. Saya akhiri dgn analogy. Jika seorang ibu atau bapa sangat menyayangi anaknya kerana mendengar cakap & selalu mengaku dan memohon maaf jika melakukan kesilapan sudah pasti ibu atau bapa akan memberi sesuatu yang membuatkan anaknya itu lebih taat kepadana. Begitu juga dengan Allah. Allah pasti akan memberi pasangan yang membuatkan diri kita lebih dekat pada Nya. Kenapa perlu berasa kurang yakin dengan Allah? Tepuk dada tanya aqidah! (^.^)v


Apa Itu Kaunseling ?

Assalamualaikmu,bismillahirrahmanirrahim


bullet5.gif (374 bytes) PERGERTIAN KAUNSELING
          
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
          Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
          Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
  • Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
  • Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
          Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
          Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
          Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
          Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

bullet5.gif (374 bytes) TUJUAN KAUNSELING
          
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
          Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Lima tujuan kaunseling iaitu:
  1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
  2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
  3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
  4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
  5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
          Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.
Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
  • Memahami diri dan situasinya;
  • Mengenal pasti keperluannya;
  • Menerima realiti hidupnya;
  • Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
  • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
  • Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
          Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
          Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
          Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

bullet5.gif (374 bytes) PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
  1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
  2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
  3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
  4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
  5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
  6. Kaunselor memahami kliennya.
  7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
  8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.

Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:
  1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.
  2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.
  3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri.
  4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:
  1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan.
  2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
  3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional.
  4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
  5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri.
  6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.
  7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.
  8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

bullet5.gif (374 bytes) KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWA
Membentuk Kejayaan Diri
  • Menganalisa mengenali diri sendiri
  • Menyediakan matlamat hidup
  • Mempunyai wawasan sendiri
  • Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup
  • Sasaran – Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan berjaya dalam kerjaya

Mengenal diri sendiri
  • Anggapan kita mengenal diri sendiri
  • Diri kita dari kaca mata orang lain
  • Diri kita sebenar

Tiga jenis manusia
  • Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku
  • Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku
  • Mereka yang bertanya apa yang berlaku

Penilaian diri
  • Memahami diri sendiri – kekuatan/kelemahan
  • Motivasi – kemahuan, semangat membara, keyakinan
  • Disiplin diri – menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
  • Keimanan – Pedoman dan Pegangan hidup
  • Keyakinan – mempercayai kebolehan sendiri
  • Daya tarikan – personaliti dan imej diri
  • Perasaan – kebolehan mengawal perasaan
  • Sikap – Positif atau Negatif
  • Tenaga- tenaga yang berterusan
  • Semangat, kecergasan, kesungguhan
  • Berfikir kreatif – idea/strategi baru
  • Sasaran – sasaran dan standart diri sendiri
  • Matlamat – Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan
  • Pengurusan masa – Keupayaan membezakan antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak penting segera.

Jenis-jenis matlamat
  • Matlamat jangka panjang
    Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai
  • Matlamat jangka pendek
    Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat jangka panjang

Matlamat : Pendekatan "Smarter"
S
M
A
R
T
E
R
--
-
-
-
-
-
SpecificMeasuarable
Attainable
Reasonable
Time bound
Exciting
Rewarding
SpesifikBoleh diukur
Boleh dicapai
Berpatutan
Jangkamasa
Seronok / mengembirakan
Ganjaran

Prinsip pembentukan matlamat
  • Matlamat mestilah matlamat anda sendiri
  • Matlamat mestilah positif
  • Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
  • Matlamat mestilah ditulis
  • Matlamat mestilah specifik

Mengapa tidak mempunyai matlamat
  • Boleh dijangkakan
  • Telah ditetapkan
  • Takut kehilangan / kekalahan
  • Takut kemenangan
  • Pengharapan yang terlalu tinggi

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda
  1. Kuasai masa anda
    "Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
  2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
    "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk selama-lamanya".
  3. Hapuskan ketakutan.
    "Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan berjaya".
  4. Praktikan sikap positif
  5. Gambaran minda
    "Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan tersebut".
  6. Bina imej diri positif
  7. Capai sebarang peluang yang mendatang
    "Peluang hanya datang sekali"
  8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
  9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
    "Action speak louder than words"
    "1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda
Langkah 1
  • Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut.
  • Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
  • Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.
Langkah 2
  • Fikirkan tindakan yang akan diambil
  • Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut
  • Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda
Langkah 3
  • Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan
  • Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan
Langkah 4
  • Ikut setiap pilihan sampai tamat
  • Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
  • Jangan membuang masa jika anda menamui jalan buntu.
Langkah 5
  • Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda
Langkah 6
  • Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut langkah 2.
Langkah 7
  • Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan yang jitu.

Hilangkan ketakutan
Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.
Fasa 1 Kenalpasti diri anda
Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda
Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik
Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan
Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana

Fasa 2 Ketegasan diri anda
Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"
Langkah 2 : Bertanya

Bersikap positif
Apa itu SIKAP
  • Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangagi yang ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain.
  • Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan diurus.

Bagaimana Sikap di Perlihatkan
Perkataan yang digunakan-"Boleh saya tolong……."
"Maaf,……"

Air muka

-

senyum
Budi bahasa
-

Bersopan santun
Kurang sopan

Nada bahasa

-

Lembut, marah

Pembawaan diri (Imej)

-

Kemas, bersih

Pakaian

-

Kotor, bersih

Cara berjalan

-

Bertenaga, tak bermaya

Posture

-

Tegap, Bongkok

Sikap dan perhubungan manusia
Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?
Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:
  • Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar anda
  • Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda
  • Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran
  • Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.

Kaedah mengubah sikap
  • Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor persekitaran. Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap tidak perlu dilakukan.
  • Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah pengaruh yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
  • Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah dengan mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk bertindak?
  • Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada dengan secara langsung negatif; mengancam; mengkritik; menghina; mengenakan dendaan dan paksaan atau secara tidak langsung; menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
  • Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya, menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau dorongan dan mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau kegagalan.

17. Sikap
Sikap orang yang berjaya
  • Mengubah kelakuan sendiri
  • Bekerja keras dan punya masa
  • Tahu bila mahu bersikap tegas dan mengalah
  • Menghormati orang lain dan sanggup belajar dari orang lain
  • Menggunakan masa untuk maju
  • Penekanan terhadap kemungkinan / (peluang)
  • Menerima pendapat orang lain
Sikap orang yang gagal
  • Cuba mengubah kelakuan orang lain
  • Terlalu sibuk membuat apa yang patut
  • Mengalah bila disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
  • Tidak mahu melihat kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
  • Gunakan masa untuk mengelakkan kritikan
  • Penekanan terhadap masalah
  • Tidak mahu menerima pendapat orang lain