PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRS
Sejarah Perkembangan
1. Mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal dalam tahun 1986.
2. Seminar – Bengkel PRS peringkat kebangsaan diadakan pada 19-21 Januari 1987 di Institut Aminudin Baki (IAB) dan nama PEMBIMBING RAKAN SEBAYA telah diterima sebagai nama formal program ini.
Objektif Program PRS di Sekolah
1. Untuk membina satu lagi sumber sokongan bagi pelajar mendapatkan bantuan dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
2. Untuk membentuk kumpulan PRS yang terlatih yang boleh menjadi pendengar yang baik dan berkeupayaan untuk membantu rakan.
3. Untuk membolehkan pelajar terpilih berinteraksi dengan berkesan dengan rakan sebaya mereka melalui latihan perkembangan diri dan kemahiran memberi pertolongan.
4. Untuk menyediakan sekolah satu lagi pendekatan membantu pelajar dan menyekat masalah disiplin dari meruncing melalui pengaruh rakan sebaya yang positif.
5. Untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluaskan khidmat melalui projek membantu yang dijalankan oleh PRS.
Rasional Penubuhan PRS di Sekolah
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling belum mencukupi untuk menampung
tuntutan khidmat yang makin bertambah.
2. Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan satu
saluran pelajar berkongsi perasaan.
3. Jika remaja dikatakan memberi pengaruh negatif kepada rakan-rakan,
mereka dapat mempengaruhi rakan yang lain secara positif.
4. Cabaran remaja makin meningkat ini memerlukan bimbingan PRS yang dapat
membantu pelajar membina perlakuan yang positif.
5. Pengaruh orang dewasa berkurangan kepada remaja.Pengaruh rakan sebaya
6. Memainkan peranan penting dalam hidup mereka untuk dijadikan panduan
dan teladan.
Matlamat PRS
1. Menolong mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
2. Membina budaya kasih mesra dan bantu membantu di kalangan pelajar-pelajar
3. Memupuk menjadi orang dewasa yang peka,bertimbang rasa dan rela
menolong, yang hidup dalam satu masyarakat yang majmuk.
4. Pembina pelajar-pelajar yang yakin diri dan mempunyai nilai-nilai murni
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Fungsi PRS
1. Sebagai kawan yang berkesan dan sebagai saluran tidak formal untuk
kawan mencurahkan .
2. Sebagai peninjau rasa rakan-rakan untuk membolehkan guru kaunseling
menjalankan program-program yang bercorak menghalang.
3. Penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat
rujukan jika perlu.
Siapa PRS?
1. Sekolah rendah, kumpulan pelajar tahap 2 iaitu murid tahun 4 dan 5.
2. Bagi sekolah menengah, kumpulan pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4.
3. Kumpulan pelajar ini dibahagi kepada 2 peringkat iaitu peringkat 1 dan
peringkat 2.
4. Peringkat 1 – fokus diberi kepada kumpulan ini dahulu iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar baik yang mempunyai kriteria berikut; baik pencapaian akademik,berminat,baik personaliti,baik sikap dan mempunyai latar belakang yang stabil.
5. Peringkat 2 – kumpulan yang memerlukan latihan yang lebih intensif yang mempunyai criteria berikut; pelajar-pelajar yang kerap menimbulkan masalah salahlaku di sekolah dan pelajar-pelajar yang menjadi pemimpin dalam kumpulan kecil secara tidak formal dan mempunyai pengaruh.
Bagaimana Memilih Ahli PRS
1. Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilantik.
2. Dipilih oleh Guru Besar atau guru-guru atau Guru Kaunseling sendiri.
3. Memilih pelajar yang telah dipilih melalui sosiometrik dan dipersetujui oleh
Pengetua/Guru/Guru Kaunseling.Pelajar terpilih berminat dan rela menjadi
PRS.
4. Melalui sukarela kerana berminat menjadi PRS dan rela memberi khidmat.
5. Melalui sosiometrik dipilih oleh rakan sendiri yang mereka rasa selesa untuk berbincang mengenai sebarang masalah.Berminat menjadi PRS.
Proses Pemilihan Ahli PRS
1. Terbuka
2. Ujian Personaliti/Minat
3. Temuduga
4. Pemerhatian
5. Pencalonan
6. Pilihan Khas
Proses Penubuhan PRS
1. Iklan/Makluman
2. Proses Pemilihan
3. Pengumpuan Data
4. Kursus/Latihan
5. Perancangan Aktiviti
6. Kursus Lanjutan Tahap
7. Pemantauan
8. Pemantapan
9. Perkembangan
10. Refleksi
Pendekatan Program PRS
1. Perkembangan kendiri: Memahami kekuatan diri dan bagaimana
meningkatkan serta mengurangkan kelemahan diri.
2. Mencegah: Lebih peka kepada diri dan perasaan orang lain. Berupaya melihat
Sesuatu dengan rasional dan objektif.
3. Memulih: Melatih pelajar berisiko menjadi pelajar yang lebih
bertanggungjawab.
Latihan Asas
PRS diberi latihan intensif oleh jurulatih sebelum sebagai PRS dalam 4 aspek:
1. Kesedaran kendiri
2. Asas komunikasi
3. Asas kaunseling
4. Isu remaja
Aspek Pertolongan
Tidak Formal
1. Menjadi kawan yang peka.
2. Mendengar dengan empati dan memberi respons yang menggalakkan.
3. Melihat masalah dengan lebih objektif.
4. Mencadang rujukan jika perlu.
5. Menjadi saluran mendapatkan maklumat.
Formal
Melalui projek seperti:
1. Projek Tutor
2. Projek Adik Angkat
3. Projek Orientasi
3. Perbincangan Kumpulan
4. Ketua sampingan dalam kaunseling kelompok
5. Menjalankan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling yang bertujuan membantu
rakan seperti mengendalikan ceramah,kempen dan sebagainya.
Etika PRS
1. Amanah dan menyimpan rahsia.
2. Memahami limitasi diri – memberi pertolongan jujur dengan memahami
batasan diri.
3. Menerima rakan tanpa mengukur – menghormati hak rakan,berkongsi
perasaan dan menerimanya tanpa prasangka.
4. Merujuk kes sukar kepada guru Bimbingan dan Kaunseling.
5. Melaporkan kepada guru Kaunseling jika terdapat kes-kes merosak diri atau
orang lain.
6. Menghormati sekatan-sekatan agama,peraturan sekolah,norma-norma
masyarakat dan kebudayaan.
Aktiviti PRS
Cadangan aktiviti/program yang boleh dijalankan oleh PRS.
1. Projek anak angkat.
2. Tutor sebaya.
3. Bimbingan kelompok.
4. Orientasi pelajar baru.
5. Penyebaran maklumat.
6. 5 minit anti dadah.
7. Pengumpulan data dan maklumat.
8. Mengendalikan majlis-majlis di sekolah.
9. Pertandingan kerjaya.
10. Mengendalikan latihan/kursus untuk ahli.
11. Penerbitan majalah/buletin/risalah.
12. Menjalankan kajian.