Followers

Sunday, May 22, 2011

Persembahan Koir Hari Guru

    Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu,kepada sekalian makhluk Allah.


Pada 16 Mei yang lalu telah berlangsungnya satu majlis untuk menyambut semua guru-guru SMK Meru iaitu sambutan Hari Guru.Kami dari Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengambil bahagian untuk membuat persembahan sempena Sambutan Hari Guru.Kami menjalani latihan selama 5 hari berturut-turut dan alhamdulillah dapat melakukan persembahan tersebut dihadapan pengetua dan guru-guru dengan jayanya.

    Pada sebelah pagi adalah acara bagi guru untuk menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia,Ikrar Guru dan acara sukaneka.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Pada hari tersebut hanya pelajar Tingkata 1,2 dan Peralihan,PRS dan Pengawas sahaja yang digalakkan hadir manakala pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 pula tidak digalakkan hadir untuk memberi ruang kepada mereka mengulangkaji pelajaran.
 
    Pada sebelah petang pula adalah acara jamuan guru-guru dan persembahan.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan semua guru-guru juga terhibur dengan persembahan yang dibuat oleh badan PRS & PSS SMK Meru.Antara persembahan yang dibuat antaranya ialah persembahan koir,tarian zapin,sketsa,persembahan daripada guru-guru dan lain-lain.Sampai disini sahaja bicara kita pada saat ini.

Sekian,Wassalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu.
~Bimbing diri sendiri sebelum membimbing rakan~

Saturday, May 21, 2011

Salam Pembuka Bicara Daripada PRS SMK Meru

     Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu, kepada sekalian makhluk Allah.


Apa khabar semua ? sihat tak ? ok,sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut lagi saya ingin memperkenalkan diri saya dahulu.Saya merupakan salah seorang daripada 61 orang ahli PRS SMK Meru sesi petang selaku Biro Dakwah dan Kebajikan.Saya juga merupakan PRS baru yang telah dipilih oleh guru Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Meru dan mula berkhidmat sebagai PRS pada tahun ini.

    Didalam blog ini bukan saya seorang sahaja yang akan mengupdate blog ini,malah semua PRS SMK Meru juga boleh update blog ini.Segala aktiviti yang kami jalankan insyaAllah akan saya beritahu didalam blog ini.Jikalau ada silap dan salah atau terkasar bahasa dari saya harap dimaafkan dan tegurlah saya jika saya menjadi sombong.Akhir kata saya ingin menyampaikan salam dengan lafaz "Assalamualaikum" daripada semua ahli PRS SMK Meru.

Sekian,Wasssalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu.
~Bimbing diri sendiri sebelum membimbing orang lain~